Wednesday, March 23, 2011

malam pertama

MaLaM PeRtAmAku
Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di
Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat
kuburan?
Pernahkah engkau melihat
gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat
sempit dan dalamnya liang
lahat?
Pernahkah engkau
membayangkan kengerian dan
kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa
kuburan itu dipersiapkan
untukmu dan untuk orang-
orang
selain darimu?
Bukankah telah silih berganti
engkau melihat teman-teman,
orang-orang tercinta dan
keluarga terdekatmu diusung
dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di
Alam Kubur Nanti Asyik dan
Nikmat atau Penuh Derita dan
Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang
telah engkau persiapkan saat
malam pertamamu nanti di alam
kubur? Tidakkah engkau tahu,
bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang
kerananya para ulama' serta
orang-orang yang soleh
menangis dan orang-orang bijak
mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita
sedang berada di dua
persimpangan dan di dunia yang
amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan
tinggalkan tempat tidurmu (di
dunia), dan ketenangan pun
menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu
pada malam pertama, demi Allah,
fikirkanlah untung nasibmu dan
apa yang akan terjadi padamu di
sana?"
Hari ini kita berada di dunia
yang penuh keriangan dengan
anak-anak, keluarga dan sahabat
handai, dunia yang diterangi
dengan lampu-lampu yang
pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan
pelbagai makanan yang lazat-
lazat serta minuman yang
pelbagai, tetapi pada
keesokannya kita berada di
malam pertama di dalam dunia
yang kelam gelap-gelita,lilin-lilin
yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang
dikelilingi tanah dan bantalnya
juga tanah.
Pada saat kita mula membuka
mata di malam pertama kita di
alam kubur,
segala-galanya amat
menyedihkan, tempik raung
memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya
telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi Malam Pertama Di
Alam Kubur!
Di dalam usahanya
mempersiapkan diri menghadapi
malam pertama tersebut, adalah
diceritakan bahawa Rabi' bin
Khutsaim menggali liang kubur
di rumahnya. Bila ia mendapati
hatinya keras, maka ia masuk ke
liang kubur tersebut. Ia
menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali
ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku
semula (ke dunia), agar aku
dapat berbuat amal soleh
terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu)." (Surah
Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri;
"Kini engkau telah dikembalikan
ke dunia wahai Rabi'.."
Dan disebabkan hal tersebut,
Rabi' bin Khutsaim didapati
pada hari-hari sesudahnya
sentiasa dalam keadaan
beribadah dan bertaqwa kepada
Allah! Wahai saudaraku, tidakkah
engkau menangis atas kematian
dan sakaratul maut yang bakal
menjemputmu? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan
kengerian yang ada di
dalamnya? Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis
kerana takut akan hausnya di
hari penyesalan? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada
api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan
para penikmatnya. Oleh itu,
carilah (kenikmatan) hidup yang
tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"
Kematian itu pasti. Ia tidak
meleset meski hanya sedetik. Ia
biasa datang menyerap dengan
tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya
setiap orang semestinya selalu
siap. Dan tentu, husnul khatimah
harus menjadi pilihan. Untuk
mencapai itu, harus melalui jalan
syari'at dengan menjalankan
segala perintah dan menjauhi
segala larangan Allah Ta'ala.
Tanpanya, husnul khatimah itu
nihil. Bukankah, perahu tak akan
berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah
bongkok punggungnya dan
dekat ajalnya, apakah engkau
telah bersiap-siap menghadapi
malam pertama? Wahai pemuda
gagah yang bergelimang harta
dan sejuta asa, apakah engkau
telah bersiap-siap menghadapi
malam pertama? Ia adalah
malam pertama dengan dua
wajah, mungkin menjadi malam
pertama bagi malam-malam
syurga berikutnya, atau menjadi
malam pertama bagi malam-
malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam
Pertama Di Alam Kubur karya Dr
Aidh Abdullah Al-Qarni)

No comments:

Post a Comment

comment disini